Testimonial
Contact Us
KUASA BAHASA TRAINING AND CONSULTANCY
No. 34/2F Jalan AU 1A/4A , Keramat Permai Business Center,
54200 Kuala Lumpur
No tel: 019-600 4800
No fax: 03-42531684
e-mail: support@kursusminda.com

"UBAH BAHASA- LEBIH BERKUASA, LEBIH BERJAYA"
Biodata Hilmi Isa

    KUASAI MINDA SESIAPA SAHAJA DENGAN

    'KALIMAH BERKUASA'


    KEIBUBAPAAN

    Saban hari kita dihidangkan oleh media masa dengan pelbagai cerita masalah sosial di kalangan remaja. Zina, dadah, buang bayi, rogol dan ragut adalah cerita biasa setiap hari. Di dalam hati anda selalu timbul kerisauan tentang bagaimana hendak mendidik dan menyelamatkan anak remaja dalam keadaan yang serba mencabar ini. Kadang-kadang timbul pula keraguan sama ada anak anda boleh diselamatkan, ataupun sekadar pasrah dengan apa yang akan berlaku kepada mereka pada masa hadapan. Jika anda berperasaan sedemikian, anda sebenarnya tidak berseorangan kerana ramai lagi ibu bapa yang prihatin mempunyai ketakutan yang sama. Berita yang baik untuk anda adalah dengan mengetahui teknik dan strategi psikologi komunikasi pendidikan remaja yang betul, insyaallah anak remaja anda boleh diselamatkan. Masih ramai ibu bapa yang dapat membentuk anak remaja mereka menjadi insan yang soleh dan solehah hasil dari ilmu dan praktik yang betul.


    BISNES

    Sebuah kajian yang dijalankan mendapati bahawa 95 peratus bisnes gulung tikar 3 tahun selepas  penubuhan.  Adakah dengan menyatakan kehebatan produk anda sudah mencukupi untuk mempengaruhi prospek untuk membeli? Jika anda mempunyai persepsi sedemikian, pertimbangkan situasi peperangan marketing di antara 2 gergasi telekomunikasi Malaysia iaitu Maxis dan Celcom. Celcom memang diketahui ramai mempunyai teknologi yang terbaik, tetapi adakah mereka yang menguasai pasaran?

    Strategi marketing hari ini tidak sama dengan era yang lepas. Anda tidak lagi perlu melaburkan wang yang besar untuk pengiklanan demi meningkatkan jualan syarikat. Pakar-pakar marketing dunia telah mengenalpasti bahawa perubahan beberapa elemen dalam bisnes mampu untuk menjana keuntungan berkali-kali ganda, dan sesetengahnya sehingga 3000 peratus, dan sesetengah yang lain langit sahaja batasnya. 

    Berikut adalah elemen-elemen ringkas tersebut:

    a) Slogan 

    b) Market positioning

    Anda pasti tertanya-tanya bagaimana melakukan proses di atas? Jawapannya ia memerlukan ilmu dan kemahiran yang mendalam, dan saya sendiri perlu membaca beratus-ratus buah buku untuk menguasainya. Tidak cukup dengan itu, saya telah menghadiri banyak kursus dan seminar untuk mempertajamkan skill. Proses akhir kepada setiap proses di atas adalah menyampaikan mesej kepada pelanggan melalui perkataan-perkataan berkuasa yang anda gunakan. 

    Terdapat 2 cara penting untuk menguasai minda manusia dalam membuat keputusan untuk membeli:

    a) Mengetahui faktor-faktor emosi manusia membeli

    b) Menggunakan ayat-ayat yang mempunyai unsur subliminal influence untuk memenuhi keperluan emosi berkenaan


     

    KEJURUJUALAN (SALESMANSHIP)

    Bertemu dengan jurujual adalah salah satu perkara yang ingin dielakkan oleh sesiapapun. Sebab pertama adalah anda mungkin terpaksa membeli produk yang dijual, dan sebab kedua adalah bosan dengan penerangan jurujual yang laju seperti komuter.

    Sebagai seorang jurujual, jika anda ingin meningkatkan jualan, Kalimah Berkuasa menolong anda untuk menembusi minda sedar klien. Faedahnya, cadangan dan kata-kata anda mudah diterima oleh mereka.

     

    JAMINAN KAMI

    Dapatkan buku Rahsia Kalimah Berkuasa Dalam Bisnes di ruangan Our Products. Untuk hasil yang lebih pantas, hadiri bengkel-bengkel yang kami anjurkan. Ilmu yang akan kami kongsikan adalah semi saintifik dan berdasarkan kajian. Kalau anda sudah bosan dengan seminar pemasaran internet, pengurusan dan latihan bisnes yang sekadar berfalsafah dan mendasar, seminar ini akan memberikan kelainan. Jaminan kami jika buku dan kursus kami sekadar memberikan maklumat asas sahaja, kami akan pulangkan wang anda 100%.

    Terima kasih kerana sudi melawat laman web kami. Jumpa anda di puncak kejayaan dan kebahagiaan! 



    "UBAH BAHASA- LEBIH BERKUASA, LEBIH BERJAYA"



    Yang benar,



    HILMI ISA

    Ahli psikologi bahasa (psikolinguist)

    Pensyarah KUIM